Cik Nuffy

Bintang hati

Cik Nuffy ajak singgah

Monday, July 18, 2011

Alamak!Macam dalam speed boat pulak!

   Alamak!Macam dalam speed boat pulak aku rasa!Sekejap melambung, sekejap ok!Tapi aku bukan dalam speed boat!Aku dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang.Bertolak dari Berjaya Times Square jam 2.30 petang.Singgah hampir sejam di R&R Ayer Keroh sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pasir Gudang.Sekarang aku berada di highway 5 KM dari persimpangan Skudai.

   Plam awal untuk ke Aquaria terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mengizinkan.Tambahan pulak ramai anak didikku yang telah penah ke sana.Jadi, kami cuma pusing-pusing di Berjaya Times Square.Oklah... aku publish jelah entry ni.Gambar-gambar semasa di KL, kalau ada masa akan aku kongsikan bersama segera.Sementara tu, tengok gambar Cik Google punya ni dululah ye...

KLCC Aquaria

Berjaya Times Square

Tamat akhirnya...

  Masih lagi di UKM.Mungkin akan check out pada jam 10 pagi dan pusing-pusing KL sebelum pulang jam 3 petang.Pertandingan pancaragam semalam sangat awesome!Lebih menarik daripada pertandingan peringkat antarabangsa yang aku saksikan di Stadium Bolasepak Cheras beberapa tahun lalu.

   Walau pun anak-anakku tidak berjaya mendapat apa-apa gelaran, persembahan anak-anakku yang merupakan puteri bongsu dalam pertandingan,amat membanggakan.Seronok dan terharu mendengar komen-komen positif daripada penyokong Sultanah Asma.Moga-moga dengan usia yang bertambah matang,PG Band akan lebih suksess di masa akan datang.


   Next entry, mungkin dalam bas yang sedang bergerak pulang ke Pasir Gudang.



Sunday, July 17, 2011

LIntas langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil... Zorro lah pulak!

   Laporan langsung daripada Stadium Putra Bukit Jalil, pertandingan akhir pancaragam peringkat kebangsaan NatComp sedang dilaksanakan.Sebentar lagi KSAH,Kedah akan menunjukkan kehebatan mereka.Ada 2, 3 lagi pasukan yang belum menunjukkan taring masing-masing.

    Wow!Terkesima aku melihat persembahan pasukan-pasukan yang terlibat.Anak-anak didikkku Pasir Gudang School Band pun apa kurangnya.Menggoda dengan tangonya.Oklah.Oleh kerana saat ini aku sedang menyaksikan persembahan hebat di Stadium Putra Bukit Jalil, terpaksalah aku online sekejap je sekadar untuk membuktikan aku maish lagi aktif berblogging walau pun tugas memaksaku menghantar entry dari bas yang sedang bergerak dan kini dari keriuhan sorakan penyokong-penyokong pasukan pancaragam yang bertanding.

   Malam ini, sebelum lena dibuai mimpi, jika keadaan mengizinkan, aku akan online.Esok, aturcara yang diatur adalah membawa anak-anak didikku ke Aquaria, KLCC sebelum bertolak pulang ke Pasir Gudang.Selasa, 19 Julai pula anak-anak didikku akan menduduki Ujian Penilaian Ke3.(Fuh!!Memang aku angkat topi pada semangat dan komitmen mereka)
Menang atau kalah, bagiku mereka adalah hebat kerana usia band kami baru 5 tahun.Ibarat puteri bongsu kepada pasukan-pasukan lain yang ada telah menjejak 20 tahun.Ok.Jumpa lagi.

p.s:Tapi aku peliklah!Kenapa jalan masuk ke stadium dan kawasan persekitarannnya terlampau kotor.Apa dah jadi?Malu aku pada orang asing yang datang.Pasir Gudang bersih tau!

Lintas langsung dari kanan stadium, di seat penyokong Sekolah Sultanah Asma yang membawa 9 bas penyokong.Hebat betul!


Saturday, July 16, 2011

Live from room 102...

   Telah pun selamat sampai ke UKM.Check in pada jam 3.00 petang.(Berhenti lama wooo di Ayer Keroh) Setelah selesai urusan agihan bilik, taklimat mana yang patut, kami pun berehat sebentar di bilik masing-masing.Kami diberi Kolej Keris Mas sebagai tempat penginapan.Bila masuk je ke simpang ke kolej tersebut, aku teringat kisah tragis bas mini terbalik dengan muatan sarat dengan siswa UKM.Nasib baik hari tu aku tak naik bas mini(Sebab aku menyampah nak bersesak-sesak macam ikan sardin cap Botan)

   Saat ini aku bersiaran dari bilik 102, Blok ** ( kena rahsiakan takut nanti ada pulak orang cari aku) Kolej Keris Mas.Anak-anak didik aku semua dah masuk ke bilik masing-masing.Maklumlah selepas seminggu latihan pusat yang aku pasti amat meletihkan, dapat meletakkan kepala di bantal adalah seribu rahmat.Aku letih jugak tapi mana boleh aku tak jumpa dulu Kak Pah KPoh, Laling Curly, En Ben A (Memang gred A pun) dan lain-lain.Tu yang aku mengadap Cik Lenovo ungu aku ni.

  Masa semakin suntuk jadi tak dapatlah aku bercelotah lama-lama.Sebelum tidur, aku nak jenguk dulu rumah-rumah yang biasa aku kunjungi.Mudah-mudahan, dia orang masih sudi membukakan pintu rumah mereka buatku....

p.s: Wah!!Bas UKM dah lawa!!!

Siaran langsung dari atas bas...

   Baru je bertolak ke UKM.Entry ni pun dipos dalam bas.Tu yang terhoyong-hayang tu.Tapi masa itu emas.Daripada aku buang masa takde buat apa-apa, baik aku blogging!Dengan 3 buah bas, sebuah van dan sebuah lori aku dan 100 orang anak-anak didikku memulakan langkah perjuangan.

   Dalam hati berbunga-bunga, kami menerima berita yang mengejutkan.Salah seorang anak didikku yang belajar di tingkatan 5 telah meninggal dunia.Butiran lanjut aku tak pasti tapi kononnya akibat kemalangan.Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.Dalam perjalanan ke stadium MPPG pagi tadi pun aku melihat kemalangan.Masih terbujur mangsa kemalangan tu di pinggir jalan.Makin hari makin banyak pulak aku rasa kemalangan di Pasir Gudang..

   Tiba-tiba,aku rasa mengantuk pulak.Apa taknya, dibuai dek lagu-lagu retro nan merdu di Sinar.. Jadi, aku off dululah ye...Sambung blogging semula apabila keadaan mengizinkan.


Anak-anak didik aku ada yang dah terlena...
Maklumlah seminggu suntuk mereka berlatih untuk pertandingan ni.

Friday, July 15, 2011

UKM...Here I come!

     Entry malam ni hanya untuk memohon ribuan kemaafan buat kawan-kawan di alam bunian aku ni yang belum sempat aku balas kunjungan, follow dan sebagainya.Hatiku menggebu-gebu untuk blogging namun apakan daya ada tugas yang lebih penting untuk ku selesaikan.

   Esok, jam 8.00 pagi, akan bertolaklah aku ke UKM bagi mengiringi anak-anak didikku yang akan berjuang dalam pertandingan akhir pancaragam peringkat kebangsaan NatComp.Pertandingan akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 hb ini.Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

   Meskipun hujung minggu ini waktuku penuh dengan aktiviti bersama anak-anak band, akan ku cuba meluangkan masa untuk update entry dan blogwalking.Apa-apapun, ku pohon doa dari semua untuk kejayaan pasukan kami.Amin....


Gambar lama dengan uniform lama
( Credit to http://thestar.com.my)


Gambar baru dengan uniform baru
(Gambar pinjam daripada http://applemelody.blogspot.com)

p.s:Rindunya aku pada UKM....
Adakah keadaannya masih sama seperti yang aku kenal dulu?


Love story - Andy Williams



LOVE is just a lie
so...
Don't believe it!


BEN ASHAARI:Awaklah Pulak!

Santai Bersama BEN ASHAARI

Thursday, July 14, 2011

SEGMEN :JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER (ENTRY TERLEWAT)

Nak join jugak ek?

1.Header dan link (Done)


2.Buat entry pasal segmen ni. (Tengah buatlah ni.Sabar ye!)

3.Apa yang perlu ada dalam entry ni:

a) Nama panggilan blogger :Nama penuh Scarlett O'Hara.Nama manja Scarlett je.

b) Tarikh mula blogging : 8 Mei 2010. (baru pandai bertatih)

c) Rakan blogger terkini : Tadi ada 1850 orang.

d) Target tambah rakan blogger : Kalau boleh, beribu-ribu lemon.(Ada tak yang sudi ni?)

4. Tinggalkan url di komen.(Lepas publish, of course aku buat)

5. Follow Skytech Blog  [ dah follow pun.Ooo!!!Pandai ye!Sambil menyelam minum air.Lepas ni, follow aku pulak(Kalau sudi)  ]

6.ALAMAK!!!Tutup pukul 10 ke?Tak kira nak join jugak!Penat aku buat ni!

I love you!

Apa pendapat korang jika anak murid tingkatan 5 kata;
"Love u!"
Perlukah aku jawab; Love u too!

Baru belajar kenyit mata...

Wednesday, July 13, 2011

Minum susu beruang kutub

   Untung jadi orang Malaysia, negara yang aman makmur ni.Buktinya, time cuaca panas, kita boleh minum cendol ( aku makan cendol sebab aku suka kunyah cendol), minum ABC, air tebu, air jambu, air cincau,air soya,air tembikai, air kelapa letak ais krim,air bandung dan macam-macam air lagi.   Masa hujan pulak, kita boleh minum kopi o, kopi susu, teh o, teh susu, teh tarik, milo, nescafe dan macam-macam air lagi.Agak-agak, kalau kita tinggal di kutub, dapat tak kita minum semua tu ye?(Anak murid aku kata dapat minum susu : Susu beruang kutub.Kemudian aku cakap:Bertuah punya budak!)



Susu aku untuk anak aku je!
(Kata beruang kutub)

p.s: Cik Inn kata nak buat liputan tentang bagaimana cincau dihasilkan dalam Majalh 3.
Terima kasih ye Cik Inn.

Tuesday, July 12, 2011

Mana pergi FB aku?

  Alamak!Apa hal pulak ni?Nak log in FB tak boleh pulak!Apalah dosaku!Kalau betul-betul kerana site maintenance, takpe jugak.Kena tunggu a few hours pulak tu!Betul-betul merosakkan malamku nan indah.Cis!!!Baru je nak beritau anak murid aku Innocentjuliet yang aku tak dapat publish komen dia disebabkan hal yang tak dapat dielakkan.Kalau aku tak cakap karang dia kata aku sombong pulak!Nanti siapa yang susah?Aku juga yang susah sebab nak ambik hati anak murid aku balik.Geram!Geram!Geram!

(Apsal jadi semua huruf besar ni?)



Facebook Login

Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan...

   Guru adalah pendidik.Guru adalah pembimbing.Guru juga adalah sebenarnya pendengar yang setia.Kadang-kadang, anak-anak murid yang mula meningkat remaja di sekolah menengah,lebih percaya kepada guru untuk meluahkan segala masalah. Jangankan yang perempuan, yang lelaki pun ada yang lebih suka mencari guru untuk meluahkan masalah.

   Masalah paling popular adalah masalah cinta.Kadang-kadang rasa nak tergelak bila ada anak-anak murid aku yang minta nasihat dalam cinta.Dia orang tak tahu teacher dia orang ni pun tak berjaya dalam cinta. Zaman aku sekolah dulu, dah tingkatan 5 pun masih tak fikir pasal cinta.Tapi budak-budak sekarang form 1 pun dah pandai nak berdating.Advance betul. (Tu yang aku nampak budak kecik dalam form 1 atau form 2 main suap-suap ais krim di Pusat Bandar tu.Nasib baik bukan budak PG1 kalau tak aku dah report dah)

  Selain cinta, masalah yang popular adalah rasa rendah diri dan tak dapat bergaul dengan rakan-rakan sekelas.Anak-anak murid aku ni perlu disedarkan tentang kelebihan seseorang bahawa setiap insan itu ada kelebihan masing-masing.Bukan rupa yang jelita dan jadi rebutan di kalangan kawan-kawan menjadi kayu pengukur pentingnya seseorang.Tetapi mungkin kebijaksanaan atau hati yang tulus.

   Macam-macam lagilah gelagat anak-anak murid aku tersayang.Hinggakan aku boleh menulis buku jika aku ingin huraikan satu-persatu.Tapi aku ni mana ada bakat sebagai penulis? Apa pun, aku ingin ingatkan anak-anak muridku tersayang, setiap kita ada kelebihan dan kekurangannya.Teacher pun bukanlah sempurna 100% kerana terlalu banyak onak dan duri yang merintangi dari dulu hingga kini.




 Aku kagum betul dengan anak murid aku yang tengah tu.Belajar pandai.Mengaji pandai 
( bab-bab agama serah je pada dia.Bila baca Yaasin, boleh mengalir airmata bila mendengarnya),bersukan?Serah je pada dia.Olahragawan terbaik lagi.Rajin?Boleh tahan.Kerja rumah jarang tak siap.Tulisannya pun cantik.Orangnya pun ada rupa.
(Untung betul ayah dan ibunya)
Bukan memuji kosong tapi itulah kenyataan.



Tapi, dia tak de bulu gebu macam aku!
(Kata Cik Tucin)

Monday, July 11, 2011

Segmen Promote Blog


Blog ni telah dilahirkan pada 8 Mei 2010

Jumlah follower : 1841 (Bilalah nak jadi 18,841!)

Follow kotak bulat?Dah berzaman dah aku follow kotak bulat!

Itu je ek?Ooo..senang je segmen ni.Sesiapa nak join, klik kat gambar di atas tu.

Kulit jering buat anting-anting

   Dulu, aku suka sangat kalau ayah bawa balik jering.Cepat-cepat aku ambil dan tawar diri untuk keluarkan isi jering tu.Tak guna pisau.Cuma dirikan jering tu dah tu ketuk dengan anak lesung.Lepas tu part yang paling aku suka ialah bila mak pecahkan kulit jering tu kepada dua bahagian.Kulit jering tu liat jadi walau pun dah pecah dua, masih ada selaput yang masih melekat.Lepas tu, mak sepitkan kulit jering tu di cuping telinga aku.Maka jadilah anting-anting!Seronok sungguh masa tu.

   Sekarang, bila diingat-ingat kembali, aku rasa zaman kanak-kanaklah yang paling aku suka.Takde nak ikir apa-apa masalah.Yang aku tahu, main, makan, tidur.Bila dah besar sikit barulah fikir pasal kerja sekolah.Kalaulah dapat, aku undurkan putaran dunia.....

Kulit jering macam nilah yang emak guna untuk buat anting-anting aku.

Sunday, July 10, 2011

Ceritaku di bulan Ramadhan.

Santai Bersama BEN ASHAARI

   Segmen En.Ben malam ni mengingatkan aku pada kenangan di bulan ramadhan masa aku kecik dulu.Masa tu aku maish di sekolah rendah.Masa bulan puasa dan dekat nak raya adalah tokeh Cina kawan ayah hadiahkan air gas satu kotak.Emak memang tak suka anak-anak minum air gas.Maknanya kalau aku mintak dengan emak sah-sah permintaan aku akan ditolak.

   Jadi, suatu pagi di bulan ramadhan tu aku pun curi-curi ambil satu botol.Kebetulan masa tu aku ada asam kecut ( atau setengah tempat dipanggil asam boi).Jadi memang ngam sangatlah makan asam kecut sambil minum air gas.Aku pun seronoklah dapat merasa air gas yang biasanya jadi bahan larangan aku tu.

   Sedang aku asyik makan asam kecut dan minum air gas tu, ( masa tu aku menyorok bawah tangga) entah macam mana aku tercekik.Biji asam kecut tu tersumbat di kerongkong aku.Dalam panik tu aku pun togok air gas dua, tiga botol.Nasib baik biji asam kecut tu berjaya aku telan.Kalau dah arwahlah aku.Takdelah aku jadi blogger berjaya macam sekarang. Rasanya itulah perangai @ kenangan ternakal aku zaman kanak-kanak di bulan puasa.

Jering puteri mandi.Sedap tak?

    Aku pernah tinggal di Terengganu selama 3 tahun.Macam-macam makanan aku pernah rasa.Telur penyu sedapnya!!!!, kerabu sare, rojak kateh, berangan hutan, budu buatan kampung yang sangat lazat, dodol dalam daun nipah, bahulu beras, nekbat, dan entah macam-macam jenis lagi.Tapi aku tak pernah tau pulak jering Puteri Mandi.

   Baru je aku tengok di Buletin Utama TV3, jering tu boleh dibuat seperti Puteri Mandi, kuih yang lazat tu.Mula-mula, jering yang dah bogel dibuang kulitnya tu, direbus antara 8 hingga 14 jam.Mak datuk!Punyalah lama!Inilah salah satu bukti menunjukkan betapa orang-orang dahulu mempunyai kesabaran yang amat tinggi.Aku baru rebus kacang hijau nak buat bubur pun lima,enam kali terjenguk-jenguk sebab tak sabar.

   Lepas direbus, ditoskan airnya dan dah pun siap.Boleh dimakan dengan kelapa parut.Bab buat jering jadi Puteri mandi tu tak pulak ditunjuk.Cuma tunjuk jering tu dalam plastik je.Pakcik yang diinterview tu kata, jering ni baik untuk kesihatan sebab lepas makan jering, kita senang buang air.(Itu yang aku fahamlah).

   Jika ada sesiapa yang ada pengalaman tentang jering direbus tu, bolehlah kongsi dengan aku ye?Teringin pulak nak cuba!Tak salahkan?



Macam ni lah lebih kurang rupa jering rebus tu.
(Alamak!Lupa nak ambik url gambar ni nak letak cerdit)



Ops!Salah pulak.Yang ini puteri tengah mandi!
Tak baik tengok!



Ni ke rupa Puteri Mandi?
(Gambar milik atentinkerbell.blogspot.com )


Singgah blog aku sat,bleh?

Santai Bersama BEN ASHAARI

   Sebenarnya dah lama aku tunggu segmen En.Ben ni.Eh..tiba-tiba ada pulak.Tapi En.Ben kata, untuk blogger-blogger baru.(Aku keliru ni.Aku baru ke lama?Nak kata lama, blog aku ni masih belum bercat lagi.Perabot pun belum ada.Nak kata baru, rasanya macam tak sesuai pulak.tapi, tak kira!Aku nak join jugak!) Sebenarnya macam mana nak kategorikan blog tu baru atau lama?Adakah dengan melihat tarikh ia mula dibina?Atau dilihat dari jumlah followernya.Atau pun dilihat dari meriah atau tidak shoubox atau komennya.

p.s:Nak kena buat entry khas lepas interview blogger-blogger otai lepas ni.


Kata kawan baik...

   Betullah orang kata, hidup ini ibarat roda.Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.Bila kita di atas, semua orang menyanjung kita.Semua orang mengaku kawan kita.Tapi, bila kita di bawah, bai jual karpet pun rasanya lagi baik dari kita.Jadi, sekadar pesanan iklas buat mereka yang sekarang di atas, beringatlah kerana bukan semua kawan yang kita ada tu benar-benar ikhlas nak berkawan dengan kita.Jangan sesekali terlalu percaya atau dengan kata lain percaya 100% pada seseorang yang bernama kawan.(Apatah lagi orang yang memang bukan kawan).Kadang-kadang, lembut gigi dari lidah semasa kawan kita tu menanam tebu di bibir.Buktinya, bila kita susah, jangankan nak menolong, jumpa pun buat-buat tak kenal.Akibatnya, terpaksalah kita tanggung masalah yang kita hadapi atas nama menolong seorang kawan - SENDIRI.


   
Kata kawan baik. Tapi seorang pandang kanan, seorang pandang kiri!

Baik aku berkawan dengan Churp churp je!

                                                

Kepimpinan mestilah melalui teladan....

   PM kata, isteri-isteri wakil rakyat hendaklah menjaga nama baik suami-suami mereka.Jaga makan minum, jaga tutur kata, jaga ingkah laku, jaga pakaian... Opps!Aku terfikir... Bab jaga pakaian ni PM kena tegur isteri dia sendiri.Jaga pakaian bukan bermaksud pakai pakaian yang cantik dan mahal je, tapi bagi aku yang tak moden ni, kena jaga juga dari segi auratnya.Dengan kata lain, pakailah tudung.Barulah namanya jaga pakaian!Kalau nak paksa anak pakai tudung tu mungkin alasannya susah, sebab anak orang muda, masih nak enjoy.Tapi takkan paksa isteri yang dah tak berapa muda tu pun susah?Kata kepimpinan melalui teladan.Jadi mana teladannya?



Datin Rosmah ni cantik cptaan tuhan semua cantik, tapi kalau pakai tudung, lagi cantik.
Pakailah Datin!



Tengok budak kecik ni pakai tudung.Kan cantik?Manisnya....
Insyaallah, demi agama tercinta, tak panas pun pakai tudung.
kat neraka lagi panas.



Aku takpe tak yah pakai tudung.

Saturday, July 9, 2011

Pengacara dan cincau...

   Gula kelapa laut... Itulah kisah Majalah 3 malam ni.Tak pernah tau ada gula kelapa laut.Kalau kelapa laut cap ubat batuk tu adalah.Majalah 3 ni kadang-kadang banyak beri pengetahuan pada penonton.Benda yang pelik-pelik yang biasanya aku tak pernah tau namanya aku kenal di Majalah 3.Tak rugi menonton dari zaman Wan Zaleha Radzi lagi(tiba-tiba ingat-ingat lupa pulak.Kalau salah beritahu ye).Sekarang ni Nurul Syuhada Nurul Ain pengacaranya.Oklah tapi kadang-kadang pakaian dia terutama seluar dia tu seksi.Ketat sangat.Contohnya untuk siaran malam ni.Kalau boleh longgar sikit kan elok.Tapi ni pendapat aku jelah.Apa-apa pun, memang tak rugilah menonton Majalah 3 ni.


Wan Zaleha Radzi 


Norzie Pak Wan Chek


Nurul Syuhada Nurul Ain.
(Antara pengacara Majalah 3 yang aku ingat)


Cik Inn Mazlin Nordin pun pernah jadi orang kuat Majalah 3.


   Kalau Majalah 3 buat cerita macam mana cincau dibuat kan best?Tak lama lagi bulan puasa, tentu ramai yang nak tahu tentang cincau ni.Halal ke tak.Buat dari apa dan sebagainya.Selama ni aku main bedal je tapi tiba-tiba terfikir pulak.Manalah tau kan, jadi kes macam kopi Kluang tu.  (Alah!Kopi yang guna serbuk kopi campur babi tu)


Ni cincau belum dibuat air.(Gambar pinjam dari ausmelankolik.com)